Diskusi Remaja

Couple Islamic Wujudkah?

      Apabila berlaku persahabatan antara lelaki dan perempuan, sesungguhnya tidak ada jaminan hubungan ini benar-benar tulus dan murni. Sekurang-kurangnya, pasti ada harapan dan rasa ingin memiliki. Tidak kira pada si jejaka atau wanita atau kedua-duanya sekali . Mesti ada kemungkinan walau pun pada kadar yang sedikit. HUbungan seumpama ini mempunyai batas atau dinding yang teramat nipis. Terlalu sukar dan rumit untuk membezakan adakah hubungan ini benar-benar sekadar persahabatan atau sudah mula menjurus kepada saling mencintai yang mengharapkan wujudnya hubungan hati dan fizikal. Suatu yang amat sukar dihindari untuk suka yang lebih daripada sekadar sahabat. Maka mulalah si jejaka atau wanita itu mengangan-angankan "kalaulah sidia menjadi pendamping dalam hidupku" . Ketika ini sesungguhnya "tazyin syaitan" telah berjaya memainkan peranannya. Bisikan indah dari musuh utama dan pertama (syaitan) telah merempuh masuk ke dalam hati yang telah sedia ada dalam keadaan lemah dan longgar pertahanannya.

Berhentikan proses seterusnya!!!!

Oleh itu,para muslimin dan muslimat yang dihormati, jika perkenalan kita sudah berubah menjadi simpati segeralah disusuli dengan pernikahan jika mahu proses persahabatan berlanjutan. INilah persahabataN yang IDEAL. Manakala persahabatan di luar akad pernikahan bukanlah persahabatan ala sahabat ( Rasulullah SAW).

Sebagaimana yang terjadi antara Ali dan Fatimah. Setelah pernikahan antara Ali dan Fatimah, maka Fatimah pun berterus terang kepada Ali. "Wahai Ali, sebelum aku bernikah dengan engkau di kota Mekah ini, ada seorang pemuda yang menjadi idola dihatiku. Aku sangat inginkan kelak dia menjadi suamiku. Tapi semuanya aku simpan di dalam hatiku" kata Fatimah. "kalau begitu, engkau menyesal menikahi aku?"Tanya Ali. "Tidak, kerana pemuda itu adalah engkau ." Jawab Fatimah.

Oleh itu, dalam Islam kita dibenarkan menilai dan menyukai pemuda soleh namun ia tidak diluahkan dan memadai simpan didalam hati. Sesungguhnya cinta itu boleh "menghinggapi sesiapa sahaja" termasuk orang-orang yang beriman atau para pendakwah. Apabila batas-batas pergaulan dan pencampuran antara lelaki dan perempuan dilanggar, proses persahabatan sebegini akan terus bergulir dan tak dapat dihindari. Oleh itu, tidak mustahil jika para pendakwah lelaki dan perempuan juga turut terjebak untuk salin rindu-merindui......

Sudah terlanjur digosipkan......
Wallahua'lam





Gratisan Musik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...