Sunday, December 26, 2010

Permulaan Cabaran Baru Untuk Semester baru...

          Assalamualaikum buat sahabat2ku yang dikasihi....Buat pertama kalinya, diucapkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat-Nya, akhirnya Dia memberikan keizinan kepadaku untuk menyempurnakan kerja asimen individu untuk subjek MEDIA DAKWAH... Nak dimulakn cerita, tercetusnya ilham yang Allah berikan, akhirnya aku mencipta tajuk blog daripada nama subjek ini sendiri iaitu MEDIA DAKWAH.. Tapi tentang tajuk yang ku berikan iaitu "Me, Dia dan Dakwah" mempunyai maksud tersirat yang cukup bermakna bagi sesiapa yang mahu menilainya...mmmmm 'Me' itu sendiri bermaksud 'Saya'..manakala 'Dia' adalah Allah yang mengatur segala kehidupan manusia termasuk kehidupanku... Dan 'Dakwah' adalah merujuk kepada prinsip perjuanganku sebagai Daie untuk membela ISLAM yang ingin aku laung-laungkan disetiap denyut nadiku.....insha'Allah.. Semoga asimen ini menjadi titik permulaan untuk menggunakan media iaitu blog sebagai satu lagi medan dakwah yang penting bagi setiap Daie..  Harapanku agar Ustad Ainuddin menerima asimen ku dengan baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar pada masa-masa akan datang. Insha'Allah..Dengan ini, ku dedikasikan lagu Camar Kelukaan kepada sekalian sahabat. Hayatilah, Ia adalah pembuka kepada gerak kerja ku yang seterusnya untuk Dakwah yang berpanjangan sehinggalah  Ajal menjemputku.... Wallahualam.. 
sekian, 

Haslinda Binti Hassim
PID 09027
Dakwah dan Pengurusan
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah




Add caption

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...