Wednesday, March 2, 2011

Dimana Cantiknya Seorang wanita.....??

Assalamualaikum wbt...

Wanita adalah insan ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza dengan kaum lelaki...

 Perbezaan ketara antara lelaki dan perempuan ialah dari segi FIZIKAL dan PSIKOLOGI

Mereka dicipta untuk melakukan tugas yang berbeza..

Sifat lemah lembut, mudah terasa, penyayang, penyabar dan seumpamanya amat sesuai dengan tugas-tugas mereka seperti melayani suami, mengasuh serta melayan anak-anak. 

Malangnya kelembutan wanita , baik dari segi fizikal mahupun spiritualnya telah diKHIANATI atau diEKSPLOITASIKAN.. Wanita-wanita islam juga tidak ketinggalan daripada menjadi alat tarikan dan hiburan.Mereka terlibat dengan pendedahan aurat, pergaulan bebas dan lain-lain yang akhirnya menjerumus mereka ke lembah kehinaan..

SIAPAKAH YANG PATUT DIPERSALAHAKAN DALAM HAL INI?????

Oleh itu, wanita islam hendaklah mempunyai keperibadian yang tersendiri. tatatertib dalam Islam yang sebenarnya terhadap wanita Islam ialah menjauhkan diri dari perbuatan menunjuk-nunjuk dan memikat dinyatakan seperti berikut:

Menundukkan Pandangan. Firman Allah SWT bermaksud :
"Katakanlah kepadawanita beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya.." An-Nur:31

Jangan bergaul bebas dengan lelaki bukan mahram sehingga anggota mereka bersentuh atau lelaki menyentuh wanita. Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud:
"Adalah lebih baik salah seorang daripada kamu diketuk dengan tukul besi tajam di kepala daripada menyentuh wanita yang haram bagi kamu menyentuh."

Pakaian yang dipakai wanita hendaklah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh hukum syara':
Antara pakaian menepati syara' ialah hendaklah menutup aurat, pakain itu tidak tipis, tidak ketat, tidak meyerupai lelaki dan wanita bukan Islam.

Wanita Islam berjalan dan bercakap dengan penuh hormat, sopan dan tegas, mengelak diri daripada menunjukkan wajahnya yang persis seorang penggoda. bergurau senda dengan telatah menggoda adalah perangai wanita yang rosak moralnya..

Dia tidak menarik perhatian lelaki dengan perhiasannya yang tersorok, memakai bau-bauan, menggoyang atau memainkan perhiasannya atau perbuatan seumpamanya. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan janganlah menghentakkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31

Begitulah cara dan gaya wanita Islam mensyukuri kecantikan rupa paras dan fizikal yang dikurniakan Allah. Wanita Islam sepanjang masa ketika diluar rumah hendaklah memperlihatkan ciri-ciri yang baik, warak dan bertanggungjawab dan bukan sebagai jenis yang menggoda dan mudah dipermainkan.

Cantik, jelita dan cerdiknya wanita Islam itu ialah ketika diluar rumah ia menutup aurat, menjaga bataspergaulan , berpengetahuan dan berakhlak mulia dan yang seumpamanya. seungguhnya perintah berpakaian menutup aurat, adalah untuk menjaga dan menyedarkan wanita Islam bahawa mereka wanita yang beriman dan bukanlah wanita-wanita yang biasa  yang merayau-rayau di jalanan untuk menunjukkan gaya dan kecantikan mereka kepada orang lain..
 wallahualam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...